Setelah Roboh Kota Melaka


1.Setelah robohnya kota Melaka menceritakan perjalanan bagaimana runtuhnya legasi kepimpinan Sultan Mahmud Shah ketika memerintah Negeri Melaka.Selama 110 tahun menakluk kota bersejarah itu, akhirnya ia kecundang di tangan portugis pada tahun 1511.

2.Pelbagai strategi peperangan dari pihak tentera Melaka diceritakan dalam buku ini,antaranya,panahan berasid,menggunakan lembing,keris,meriam ( hasil pembelajaran dari tawanan Portugis yang berjaya di tangkap oleh tentera Melaka ketika serangan pertama Portugis yang diketua oleh Diego Lopez de Sequira) dan tidak lupa juga dengan menggali lubang dipesisiran pantai.

3.Bagaimana sifat seorang ketua yang zalim mentadbir negara dan mudah mempercayai khabar angin serta fitnah tohmahan daripada pentadbir-pentadbir negara yang hanya mahu mengaut keuntungan peribadai sahaja.

4.Kesetiaan Tun Mutahir yang tidak berbelah bahagi kepada Sultan Mahmud Shah seharusnya dipandang tinggi nilai akhlaknya.Tetap teguh dengan amanah yang diberi walau sentiasa dihimpit dengan fitnah dan cacian pembesar-pembesar negara yang tamak haloba.

5.Hang Nadim merupakan anak Hang Jebat merupakan seorang pahlaman yang sentiasa berjuang habis-habisan untuk menawan kota Melaka kembali walaupun tahu kekuatan tentera Portugis melebihi kekuatan tentera Melaka sendiri.

6.Wanita menjadi pelengkap dunia.Itulah Tun Fatimah,anak kepada Bendahara Tun Mutahir,yang menjadi mangsa kepada kezaliman Sultan Mahmud sendiri.Selepas Bendahara Tun Mutahir dibunuh angkara daripada fitnah pembesar negara,Tun Fatimah diperintahkan untuk dibawa ke Istana Melaka dan menjadi Permaisuri Kota Melaka.Kesedihan yang dialami Tun Fatimah akhirnya membawa kepada keinsafan Sultan Mahmud Shah.Begitu kuatnya kuasa wanita dan juga hidayah Allah swt.

7.Portugis bukan sahaja mahu menakluk Melaka kerana mahu menguasai perdagangan dunia(rempah ratus),tetapi juga mahu menyekat dan menghapuskan agama Islam.Itulah cita-cita Alfonso de Albuquerque.Cita-citanya selepas berjaya menguasai Lautan Hindi dan kepulauan Melayu,kemudian akan memesongkan aliran Sungai Nil yang seterusnya akan menjadikan Mesir Kering Kontang.Selepas itu Mekah dan Madinah akan ditawan,Kaabah akan diruntuhkan dan Maqam Nabi akan dipindahkan ke Portugal.Itulah cita-cita seorang manusia yang beragama Kristian.Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, cita-cita mustahil itu terkubur apabila Alfonso telah mati kerana diserang angin ahmar dan meninggal tidak lama selepas itu.

8.Terlalu banyak ibrah yang terdapat disebalik runtuhnya kota Melaka ini.Walau kita sudah mengecapi "Merdeka" dari sudut penjajahan negeri asing.tetapi dari sudut pemikiran,kita masih kalah.Semoga kita terus bangkit ! 


# Buku adalah cenderamata daripada Seminar Ibrah Penaklukan Kota Konstantinople.Terima kasih Ayahanda Pak Latip.

0 comments: