Hening malam

Kadang Allah beri apa yang kita mahu,
Kadang juga Allah ambil semula apa yang kita tak perlu,
Tapi selalu,
Dia dekat dengan kita,
memberi tidak kira waktu,
mengasihi setiap waktu,
mencintai hati yang satu.

Kadang kita leka,
apa yang ada ini semua ujian belaka,
mewah harta,
sihat sejahtera,
ilmu di dada,
fizikal sempurna,
jawatan berganda,
semuanya kaburan semata,
untuk membezakan antara dua cinta.
cinta dunia dan cinta di Sana.

moga Allah terus kekalkan kita dalam rahmatNya.
ameen

0 comments: